Semoga
// back to top?
Monolog akal, rasa dan perasaan
Wujud dalam lembar aksara
Huruf-huruf kecil disusun
Menjadi ayat dan kata.
Kalau dulu, aku bisu. Aku diam dan bingung harus seperti apa aksara yang mahu dilakar.
Apa aksara itu sesuatu yang boleh mendekatkan jiwa sama Tuhan? atau cuma aksara yang terlakar hasil gaduhan minda dan jiwa tanpa punya matlamat?
Bagaimana penulis itu mencintai aksara itu sendiri, sampai-sampai boleh terjemah segala sesuatu dengan cinta yang tertuang dalam aksara.
Conteng-conteng kata.
Semoga,
Kita
Saat kita rebah dan jatuh
Ia adalah satu nafas yang membangkitkan.
Semoga satu masa nanti
Senyuman terlakar pada jiwa yang gundah.
Semoga.
LAMA |
BARU